Cara Memasang Tabung Sauna












Langkah-Langkah Persediaan Bersauna


Pasangkan paip biru antara steamer pot dan paip besi di bahagian dalam tabung sauna


Isikan air mengikut sukatan di ‘water level” di dalam periuk sauna.

Masukkan satu uncang herba ATAU 2-3 titis pati serai wangi dan tutupkan periuk.


Pasangkan paip putih antara periuk sauna dan paip besi di bahagian luar tabung sauna. Pastikan ianya ketat.


Pasangkan suis dan penanda lampu hijau ‘ON’ akan menyala


Tekan butang ON/OFF sekali sahaja.
Penanda lampu merah ’HIGH’ akan menyala, menunjukkan durasi masa selama 30 minit dan standby.

Biarkan air di dalam periuk sauna dipanaskan selama 10 minit.
Setelah wap panas kelihatan di dalam tabung, barulah anda boleh memasuki tabung sauna untuk memulakan aktiviti bersauna


Masuk & duduk di dalam tabung sauna dan zipkan.

Jika wap terlalu panas untuk anda, bukakan zip dan biarkan wap panas tersebut keluar dahulu dan zip kembali.

Sambung aktiviti bersauna sehingga 15-20 minit.










Laman Utama  |  Tips Sauna | Kaedah Membuat Pesanan  |  Hubungi Kami



Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:

Pn. Khairulnisak Azis
Dealer Set Sauna Diva Relax
Saujana Puchong, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 013-3418867


Hakcipta Terpelihara © www.jomsauna.com 2008